Syarat Tayamum ada 6 perkara
1) Yakin uzur dengan sebab safar (musafir) atau sakit .
2) Masuk waktu sembahyang dengan yakin . Tidak sah bagi orang yang syak dan jika berbetulan masuk waktu sekalipun .
3) Mencari air pada tempat duduknya dan pada kawan-kawannya yang bersamanya .Maka jika tiada dapat ,hendaklah mencari pada pihak kelilingnya dengan dilihat . Jika dirasanya ada air pada satu sudut , hendaklah ia pergi kepada tempat yang dirasakan itu sekira-kira kadar sampai anak panah apabila dilepaskan dari busurnya ya`ni jika hasil sesuatu ,sampai suara teriaknya kepada taulannya serta mereka itu didalam hingar bangar . Maka jika tiada , hendaklah ia tayamum .
4) Uzur memakai air dengan bahawa takut daripada memakainya atas hilang dirinya (mati) atau takut hilang manfaat anggotanya (jadi kebas misalan). Termasuk juga kata uzur ,apabila ada air pada hampirnya walhal takut ia mudhorat atas dirinya daripada binatang buas atau seteru (musuh) atau takut ia mudhorot atas hartanya daripada pencuri atau penyamun atau bercerai daripada kawannya , jika ia pergi pada air itu ,maka hendaklah ia tayamum pada segala yang tersebut itu .
5) Berhajat ia kepada air ,kemudian daripada dituntuti akan air ,kerana dahaga binatang yang dihormati seperti kerana meminum bagi dirinya atau binatangnya dan jika hajatnya yang tersebut pada masa yang lagi akan datang sekalipun , maka wajib ia tayamum serta ada air itu .Catatan: Adapun orang yang tak sembahyang atau orang yang zina muhsan (yang sudah pernah bernikah) maka tidak diharuskan memberi air kepadanya sedangkan kita bertayamum kerana mereka dikatakan tidak dihormati darahnya . Begitu juga sekiranya kita ada anjing yang dihormati seperti anjing yang kita buat perburuan dan mempunyai seorang yang tidak sembahyang walhal kita hanya ada segelas air untuk salah satunya ,maka hendaklah didahulukan pada anjing yang tersebut .Begitulah hinanya bagi orang yang tidak sembahyang .
6) Tanah yang suci lagi tiada musta`mal (belum digunakan mengangkat fardhu) yang ada baginya debu .Termasuk kata tanah itu segala bagainya jika tanah ubat sekalipun seperti batu qawi apabila ditumbukkan dia dan yang dibakar daripadanya selama tiada jadi abu .Tiada sah tayamum dengan tanah yang bercampur tepung dan kapur dan umpamanya dan jika sedikit bercampur sekalipun kerana takut ada sebahagian daripada juzu`-juzu` anggota kita tidak terkena debu tanah tersebut .